SAMBUTAN HARI GURU 2015


16 Mei 2015 merupakan tarikh ersejarah kepada warga yang bergelar ‘GURU’, ‘CIKGU’, ‘TEACHER’ dan ‘SIR’. Semperna meraikan insan-insan istimewa ini, SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah iaitu pada tarikh 18 Mei 2015. Majlis sambutan ini melibatkan penglibatan seluruh kakitangan warga SKTPSH dan murid di mana majlis dimulakan dengan ucapan perutusan daripada Guru Besar SKTPSH iaitu Encik Puzil Othman dan diikuti oleh lagu Guru Malaysia.

            Tema Sambutan Hari Guru 2015 ialah ‘Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak’. Manakala konsep tema pemakaian pakaian semperna Hari Guru warga SKTPSH ialah Zaman 60an. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah sukan dikalangan guru-guru, kakitangan sokongan SKTPSH dan pekerja swasta SKTPSH yang berkonsepkan sukan rakyat iaitu batu seremban, balung ayam, tuju guli, tuju selipar dan timbang bulu tangkis.  Melalui sukan rakyat ini, dapat menyemarakkan lagi semangat kesukanan dan kerjasama antara ahli-ahli kumpulan walaupun sukan rakyat ini semakin dilupai oleh generasi masa kini. Malah, secara tidak langsung dapat memperkenalkan dan mempamerkan jenis sukan rakyat kepada golongan murid sekolah.

            Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di kalangan murid ialah persembahan lagu, sketsa drama dan tarian. Di samping itu juga, acara yang julung kali diadakan ialah undian kategori jenis perwatakan guru-guru SKTPSH oleh seluruh murid SKTPSH.



Jom kita intai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan….

































No comments:

Post a Comment