PROGRAM BUBUR ASYURA




28 Oktober 2015, Pihak SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah mengadakan Program Bubur Asyura. Di mana program ini melibatkat kerjasama daripada kakitangan sekolah, guru-guru dan waris pelajar.

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha. Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.











DEMOSTRASI KESELAMATAN ASAS JPAM


26 Oktober 2015, SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah menjemput JPAM untuk memberi taklimat dan demostrasi keselamatan asas. Antara objektif-objektif JPAM ialah...

Objektif
Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:
1.      Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
2.      Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
3.      Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.

Memberi respond kepada bencana dengan cara:
1.      Menubuhkan pasukan (First Responder).
2.      Menyediakan perkhidmatan kecemasan.

Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:
1.      Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
2.      Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.

3.      Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.














PERJUMPAAN WARIS TAHUN 5 2015


Satu Majlis Perjumpaan Waris Tahun 5 2015 telah diadakan di Makmal Komputer SK Toh Puan. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberi taklimat tentang aktiviti-aktiviti atau program yang akan diadakan untuk bakal-bakal murid tahun 6 pada tahun hadapan. Dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh para pihak pengurusan, guru-guru Tahun 6 dan para waris telah menjayakan majlis ini mencapai kata sepakat hala tuju aktiviti atau program Tahun 6 pada tahun 2016. Syabas diucapakan kepada semua yang terlibat.









PROGRAM SENANDUNG SASTERA


20 Oktober 2015, SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah menganjurkan Program Senandung Sastera di Kafeteria sekolah. Antara objektif Program Senandung Sastera ini ialah memberi pendedahan kepada murid-murid tentang memdeklamasi syair dan pantun tradisional, menghargai seni warisan dalam masyarakat di Negara kita dan memupuk minat dan kecintaan murid terhadap Bahasa dan Sastera Melayu khususnya puisi umum.









LAWATAN SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH BERSAMA PPD PADANG TERAP KE CAMERON HIGHLAND


Lawatan SK Toh Puan Sharifah Hanifah bersama PPD Padang Terap ke Cameron adalah bertujuan untuk memantapkan dan menambahbaikan sistem pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah PPD Cameron Highland dan SK Convern Cameron Highland.

Lawatan Ke PPD Cameron Highland......













Lawatan ke SK Convern Cameron Highland......