PELANCARAN PROGRAM HARI BAHASA MELAYU 2015


19 April 2015, SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah melancarkan Program Hari Bahasa Melayu peringkat sekolah. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SKTPSH, Encik Puzil Othman. Program ini telah disambut baik oleh seluruh warga SKTPSH.

      Panitia Bahasa Melayu merupakan tunjang kepada penguasaan murid-murid dalam aspek keterampilan berbahasa. Oleh itu, menjadi tanggungjawab panitia untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian semperna Hari Bahasa Melayu peringkat sekolah.

           Antara objektif Program Hari Bahasa diadakan ialah memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dalam aktiviti berbahasa seperti yang dirancangkan. Seterusnya, ia juga dapat menyemai semangat daya saing dikalangan murid. Disamping itu, ia dapat membina keyakinan diri yang tinggi serta berani tampil kehadap dikalangan murid yang mengambil bahagian. Objektif yang terakhir ialah pengukuhan kejayaan pengajaran dan pembelajaran yang diterjemahkan oleh murid melalui aktiviti yang dijalankan.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah bercerita tahap 1 dan 2, pidato tahap 2, mendeklamasikan sajak, membaca pantas (Tahun 1) dan membaca pantun (Tahun 2).



Mari saksikan gambar-gambar semperna Pelancara Program Hari Bahasa Melayu 2015…..














No comments:

Post a Comment