PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2015


Pada 16 Ogos 2015 iaitu pada hari Ahad, Pihak SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah melancarkan ‘Bulan Kemerdekaan 2015’ peringkat sekolah. Majlis Pelancaran tersebut telah diadakan semasa Majlis perhimpunan mingguan.

Tema kemerdekaan tahun ini ialah ‘Sehati Sejiwa’.  Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum iaitu Encik Izham Bin Zakaria. Majlis ini juga diserikan lagi dengan gimik dari kalangan pelajar untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan Negara. Gimik tersebut berkisarkan semangat perjuangan para perwira Negara sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan Negara dari dibelenggu penjajah dan akhir sekali murid-murid yang terlibat di dalam acara gimik tersebut akan membentuk kedudukan seperti Tugu Negara.


Acara terakhir semperna pelancaran bulan kemerdekaan ini  ialah sesi bergambar bersama guru dan memasang bendera Malaysia di sekeliling pagar sekolah. Semoga majlis ini dapat menerapkan semangat patriotik dikalangan murid-murid SK Toh Puan Sharifah Hanifah.



























No comments:

Post a Comment