PERLANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2015


SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah melancarkan Program Nilam peringkat sekolah 2015 iaitu pada tarikh 19 April 2015 (hari Ahad). Program ini melibatkan penglibatan seluruh guru dan pelajar warga SKTPSH serta waris. NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca dikalangan pelajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Ini merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan 1 atau peralihan di sekolah menengah pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolah.

Matlamat Program NILAM bertujuan untuk memupuk minat membaca dikalangan masyarakat Negara ini, khususnya golongan pelajar.

Objektif Program NILAM ialah menjadikan pelajar banyak membaca bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan.

Semperna Perlancaran Program NILAM peringkat sekolah, Warga SKTPSH telah bersatu hati mengadakan satu gimik. Tujuan gimik diadakan adalah untuk menimbulkan kesedaran dikalangan murid bagaimana perasaan dan harapan ibubapa yang menginginkan anak-anak menjadi seorang yang berilmu pengetahuan. Memandangkan kedudukan sekolah adalah di kawasan luar bandar dan kebanyakkan ibubapa bekerja sebagai penoreh getah, jadi gimik dipilih untuk menunjukkan betapa kesanggupan ibubapa mencari pendapatan untuk menyara anak dalam menuntut ilmu.

Mari kita intai antara aktiviti gimik yang telah dijalankan ialah:

-Peyelaras Pusat Sumber Sekolah, Puan Fauziah Binti Ali memberi sepatah dua kata sebelum majlis perasmian.

-Penyerahan buku oleh pihak waris kepada Guru Besar SKTPSH sebagai simbolik kepada Program NILAM.

- Besar SKPTSH merasmikan Program NILAM peringkat sekolah dan melepaskan belon ke udara sambil diperhatikan oleh guru-guru dan pelajar SKTPSH.


-Terima kasih kepada warga SKTPSH dan semua yang terlibat langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program NILAM peringkat sekolah 2015.

















No comments:

Post a Comment