KEM KURSUS TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR DAN MOTIVASI WARIS 2015


Kem Kursus Teknik Menjawab Soalan UPSR dan MOtivasi Waris 2015 merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Peningkatan Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Toh Puan Sharifah Hanifah. Program ini dijalankan selama 2 hari 1 malam iaitu pada tarikh 7 Mei 2015 hingga 8 Mei 2015 yang bertempat di Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.

Program ini bukan hanya berfokuskan kecemerlangan akademik melalui ceramah teknik menjawab soalan UPSR semata-mata malah motivasi diri kea rah pembentukan diri yang sempurna meliputi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social. Di samping itu, akan sedaya upaya melibatkan penglibatan seluruh kakitangan sekolah agar dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Menyedari hakikat itulah maka Kem Kursus Teknik Menjawab Soalan UPSR dan Motivasi Waris diadakan bertujuan untuk merealisasikan hasrat murni ini.

Secara rasionalnya, Kem ini diadakan adalah kerana masih ramai dalam kalangan murid gagal mencapai markah tinggi dalam sesuatu matapelajaran kerana tidak memahami kehendak soalan. Untuk mencapai keputusan yang cemerlang, murid perlu didedahkan teknik menjawab soalan dengan betul, system pemarkahan serta pengurusan masa yang bijak dalam sesuatu ujian yang dijalankan. Manakala, sesetengah ibubapa pula kurang menitikberatkan pembelajaran anak-anak mereka ketika di rumah. Malah ada yang tidak prihatin bahawa anak mereka merupakan calon UPSR pada tahun ini.

Antara objektif Kem Kursus Teknik Menjawab Soalan UPSR dan MOtivasi Waris ialah:

1.   Supaya murid mahir megenalpasti bentuk dan kehendak soalan yang dikemukakan serta menjawab menepati skema pemarkahan.
2.   Supaya murid lebih memberi focus kepada bidang dan kemahiran dalam sesuatu matapelajaran yang akan diuji dalam UPSR.
3. Murid dapat membezakan soalan-soalan yang mengelirukan dan mengenalpasti langkah penyelesaian masalah dalam sesuatu soalan.
4.   Dapat meningkatkan kualiti pencapaian setiap matapelajaran dalam keputusan UPSR 2015 dan 2016.
5.      Memberi kesedaran kepada ibubapa betapa pentingnya pelajaran anak-anak disamping membantu menguruskan masa yang berfaedah semasa di rumah.
6.      Melalui aktiviti riadah diharapkan murid dapat meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.
7.   Dari segi kerohanian pula, dapat memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama, permuafakatan, toleransi, berdikari dan kepimpinan.
8.      Membentuk murid menjadi insan yang mempunyai sahsiah unggul selaras dengan tuntutan islam serta bijak menguruskan masa.
9.      Mengeratkan silaturahin antara guru dan murud serta waris murid sekolah ini.



Biarlah gambar berbicara aktiviti-aktiviti yang dijalankan…..

















No comments:

Post a Comment