HARI SUKAN NEGARA

Malaysia telah melakar sejarah kerana buat kali pertamanya pada 10.10.2015 seluruh negara menyambut Hari Sukan Negara. 

Hari Sukan Negara yang julung kalinya ini di adakan adalah untuk membina asas ke arah negara yang bersukan dan untuk kita menjadikan sukan sebagai budaya hidup.

Hari Sukan Negara ini adalah agenda penting kerajaan dalam membantu untuk meningkat kan perpaduan sesama kaum, meningkatkan kualiti kesihatan dan malah membesarkan lagi tapak penyertaan dan penganjuran sukan rakyat Malaysia seterusnya dapat mengenal pasti bakat-bakat baru untuk menjadi atlet kebangsaan di masa hadapan.

Jadi mari lah bersama-sama kita mencapai objektif utama. HariSukanNegara dan terus menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu padu dan sihat sejahtera.


Selamat Hari Sukan Negara kepada seluruh rakyat Malaysia!

















No comments:

Post a Comment