Sambutan Maulidur Rasul 1436/2015 Peringkat Sekolah

  

       Pada tarikh 21 Januari 2015 iaitu bersamaan 1 Rabiul Akhir 1436, SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1436/2015 di peringkat sekolah. Sambutan Maulidur Rasul Pada tahun ini adalah bertemakan 'Perpaduan Nadi Transformasi'. Sambutan Maulidur Rasul ini melibatkan seluruh warga SK Toh Puan Sharifah Hanifah iaitu guru-guru, staf sokongan, AJK PIBG dan pelajar-pelajar.

        Pelbagai acara telah diadakan antaranya ialah perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., persembahan pelajar, ceramah, penyampaian hadiah dan jamuan. Pembukaan majlis sambutan maulidur rasul ini dimulakan dengan perarakan pelajar-pelajar daripada pra-sekolah sehinggalah tahun 6, diikuti perarakan guru-guru dan staf SKTPSH. Setelah selesai acara perarakan, acara diteruskan dengan acara persembahan pelajar. Setelah selesai acara persembahan pelajar, ceramah maulidur rasul dimulakan oleh penceramah jemputan.
 
Antara atur cara Majlis Sambutan Maulidur Rasul ialah:
 
7.50 pagi -Para pelajar, guru-guru, staf sokongan dan AJK PIBG berkumpul di Dataran SKTPSH.
8.00 pagi -Taklimat perarakan dan selawat.
8.15 pagi -Perarakan dimulakan dan menuju ke Dewan Orang Ramai Kg. Nai Teh.
8.45 pagi -Perarakan pualan dan akan singgah ke Masjid Kg Nai Teh bagi menunaikan solat dhuha.
10.00 pagi -Persembahan pelajar.
                  -Ceramah Maulidur Rasul.
                  -Penyampaian Hadiah.
                  -Jamuan.
                  -Bersurai.
 
 
Mari kita intai gambar-gambar sepanjang Majlis Sambutan Maulidur Rasul berlangsung
 
 
 
Berkumpul di Dataran SKTPSH
 
 
 
 Para pelajar dan guru membuat persiapan untuk acara perarakan Maulidur Rasul
 
 
 
 Perarakan bermula dengan pelajar lelaki dan disusuli dengan pelajar perempuan
 
 
 
Perarakan sedang menuju Ke Dewan Orang Ramai Kg. Nai Teh 
 
 
 
 Perarakan tiba di Dewan Orang Ramai Kg. Nai Teh
 
 
 
Setibanya, para pelajar dan guru di Dataran SKTPSH
 
 
 
Berkumpul di Kafeteria SKTPSH untuk acara Ceramah Maulidur Rasul
 
 
Para pelajar tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan
 
 
 
 Penyampaian saguhati sebagai tanda penghargaan daripada SKTPSH kepada penceramah

No comments:

Post a Comment