HARI TEMASYA SUKAN OLAHRAGA SKTPSH 2010
Tahniah kepada rumah sukan CENDERAWASIH yang telah menjadi juara pada kejohanan sukan olahraga SKTPSH pada tahun 2010. Diikuti oleh rumah RAJAWALI dan rumah JENTAYU . Kejohanan sukan pada kali sangat meriah dengan pelbagai acara menarik yang dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti acara lari 100 meter, 200 meter, 4x100 meter, acara lontar peluru, acara lompat jauh dan sebagainya. Tidak lupa juga kepada adik-adik pra sekolah yang turut terlibat dalam acara sukaneka seperti lari dalam guni, lari bawa bola, lari berganti, dan mengutip gula-gula.Seterusnya acara sukan di meriahkan lagi dengan acara sukan waris. Acara sukan waris dan staf terdiri dari acara lari 100 meter, tarik tali, lari bawa bola serta junjung pundi kacang, tarik bola dengan gelong dan sebagainya.
Selain itu, pihak sekolah juga turut mengundang pihak klinik kesihatan kuala nerang untuk mengadakan pemeriksaan. Para waris yang datang boleh membuat pemeriksaan berat, tinggi, BMI, pemeriksaan darah, kolesterol dan sebagainya. Ucapan sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam persiapan temasya sukan ini. Majulah sukan untuk negara....
SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH
Pelbagai acara telah diadakan sempena menyambut hari maulidur rasul di SKTPSH. Antaranya ialah aktiviti perarakan sambil berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w. , pertandingan mewarna dan menulis tulisan khat, syair dan ceramah maulidur rasul. Pembukaan majlis sambutan maulidur rasul ini dimulakan dengan perarakan murid-murid daripada pra sekolah sampailah tahun 6 dan diikuti oleh guru-guru dan staf SKTPSH. Setelah selesai perarakan...aktiviti diteruskan dengan bacaan syair dan selawat keatas nabi. Kemudian murid-murid mengambil bahagian dalam acara mewarna dan menulis tulisan khat. Selesai acara mewarna dan menulis khat, ceramah maulidur rasul dimulakan oleh penceramah jemputan.
Maulidur Rasul 1431 H
Setiap kali tiba bulan Rabiul Awal, umat Islam akan menyambut hari kelahiran Rasulullah S.A.W. dengan pelbagai majlis dan acara. Hari kelahiran Rasulullah diadakan demi memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W., yang telah membawa Islam yang menerangi jalan kehidupan manusia di atas muka bumi ini.
“Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkannya kepadamu (Wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman, dengan izin Tuhan mereka, ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” (Surah Ibrahim: 1)
Bagaimanapun perasaan bersyukur dan berterima kasih atas nikmat agung ini tidak seharusnya terhad dengan sambutan Maulidur Rasul semata-mata. Sesungguhnya sambutan Maulidur Rasul hanyalah sebagai peringatan akan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu setiap umat baginda, iaitu untuk meneruskan tugas Rasulullah S.A.W. memberikan petunjuk dan bimbingan kepada umat manusia, memimpin mereka ke arah jalan yang betul dan diredai Allah. Kita sebagai umat Islam bertanggungjawab memimpin umat yang lain, bukan sebaliknya.
Sambutan Hari Lahir Pra Sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)