15 September 2015, SK Toh Puan
Sharifah Hanifah telah mengadakan satu majlis ‘Sambutan Hari Kemerdekaan 2015’
peringkat sekolah. Seluruh warga sekolah dan murid melibatkan diri dalam
sambutan majlis ini. Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2015 kali ini
bertemakan ‘SEHATI SEJIWA’. Majlis ini telah diacarakan oleh Cikgu Hamdan Harun
selaku pengerusi majlis dan majlis dimulakan dengan acara pertandingan sajak
dari kalangan murid-murid tahun 1,2,3,4,5 dan 6. Antara acara-acara yang dijalankan
ialah pertandingan pakaian seragam murid, pakaian seragam guru dan persembahan
dari murid-murid sekolah.
Mari kita terjah gambar-gambar
sambutan Hari Kemerdekaan…….