28 Oktober
2015, Pihak SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah mengadakan Program Bubur Asyura.
Di mana program ini melibatkat kerjasama daripada kakitangan sekolah, guru-guru
dan waris pelajar.
Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan
pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura.
Ia juga dikenali sebagai sugha. Bubur Asyura
mesti mempunyai 10 jenis ramuan,
jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap
negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur
Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk
membuat Bubur Asyura.