SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2015


15 September 2015, SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah mengadakan satu majlis ‘Sambutan Hari Kemerdekaan 2015’ peringkat sekolah. Seluruh warga sekolah dan murid melibatkan diri dalam sambutan majlis ini. Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2015 kali ini bertemakan ‘SEHATI SEJIWA’. Majlis ini telah diacarakan oleh Cikgu Hamdan Harun selaku pengerusi majlis dan majlis dimulakan dengan acara pertandingan sajak dari kalangan murid-murid tahun 1,2,3,4,5 dan 6. Antara acara-acara yang dijalankan ialah pertandingan pakaian seragam murid, pakaian seragam guru dan persembahan dari murid-murid sekolah.



Mari kita terjah gambar-gambar sambutan Hari Kemerdekaan…….


























LAWATAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA DAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH


Selasa, 8 september 2015, warga SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah menerima kunjungan lawatan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia iaitu Dato’ Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah iaitu Datin Hajjah Azuyah Binti Hassan, pegawai-pegawai KPM, pegawai-pegawai JPN dan pegawai-pegawai PPD Padang Terap.



Mari kita intai gambar-gambar lawatan kerja…….

























LAWATAN KERJA OLEH PENGARAH BAHAGIAN SEKOLAH HARIAN DARI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UNTUK KELAS ABAD KE-21


Pada tarikh 6 september 2015, warga SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah menerima kunjungan lawatan kerja oleh Pegarah Bahagian Sekolah Harian dari Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Encik Abdullah Bin Mad Yunus dan beberapa pegawai PPD Padang Terap semperna Kelas Abad ke-21.



Mari kita intai gambar-gambar lawatan kerja…….