Majlis Tilawah Al-Quran SKTPSH 1436M / 2015H



         Pada 05 Februari 2015, SKTPSH telah menganjurkan satu majlis iaitu Majlis Tilawah Al-Quran pada peringkat sekolah yang bertempat di Surau dan Kafeteria SKTPSH. Majlis ini melibatkan dari seluruh pelajar SKTPSH dan para guru.

        Majlis Tilawah Al-Quran merupakan acara tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan juga sekolah dalam usaha untuk memilih peserta dalam acara-acara yang diadakan perujian untuk mewakili zon, daerah dan juga negeri ke peringkat kebangsaan.
       
        Ojektif Majlis Tilawah Al-Quran diadakan adalah merupakan salah satu medan bagi pelajar-pelajar mempersembahkan bakat dan kebolehan dalam acara yang dipertandingkan ke arah melahirkan modal insan berkualiti, berilmu, beriman dan berakhlak mulia disamping memperkasakan nilai terpuji dikalangan warga pelajar selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.


 

 Antara acara yang dijalankan di dalam Majlis Tilawah Al-Quran ini ialah:

 

1. Tilawah Al-Quran

2. Hafazan

3. Bercerita

4. Nasyid


Pendaftaran penyertaan acara Tilawah Al-Quran
 

Peserta acara Tilawah Al-Quran

 
 
 Peserta hafazan lelaki

 

Peserta hafazan perempuan
 
 
 Peserta bercerita perempuan


Peserta bercerita lelaki
 
 
 
Peserta nasyid
 
 
Guru yang bertugas
 

PK Kokurikulum Memantau guru bertugas
 

Guru yang bertugas

Merentas Desa SKTPSH 2015


 
        Pada 05 Februari 2015, SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah mengadakan program 'Merentas Desa 2015'. Program ini merupakan salah satu program tahunan dan melibatkan penyertaan daripada pelajar tahap 2 iaitu pelajar tahun 4, 5, dan 6. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan semangat kesukanan disamping mencungkil bakat dalam pemilihan peserta untuk wakili sekolah dalam pertandingan larian.
 
Aturcara Program Merentas Desa 2015
 
MASA
ATURCARA
8.00 Pagi
Taklimat Peserta
8.10 Pagi
Pertandingan Dijalankan
9.00 Pagi
Majlis Penutup
9.10 Pagi
Majlis Bersurai


 

Lokasi Laluan Merentas Desa


Antara aksi dan gelagat para pelajar dan guru semasa program merentas desa dijalankan :
 
 
 Cikgu Hamdan Harun memberi taklimat berkenaan program merentas desa
  
 
Aktiviti memanaskan badan dibimbing oleh Cikgu Zuhaida Md Kassim
 
 
 Program merentas desa dirasmikan oleh Guru besar SKTPSH iaitu En. Puzil Othman
 
 
Perlepasan pelajar perempuan
 
 
Menikmati keindahan suasana sinar mentari
 
 
  Merentas desa  ala-ala 'Cat Walk'
 
 
Pemerhati Laluan
 
 
 Check Point 1
 

 Check Point 2
 

 Check Point 3


Check Point 4
 
 
 Pencatat masa bersiap sedia di garisan penamat
 

 Pemberian keratan nombor kepada pelajar yang tiba digarisan penamat


 Pelajar beristirahat sementara menunggu rakan-rakan yang lain tiba



  Guru besar memberi bungkusan makanan kepada semua pelajar sebelum bersurai


Majlis Perjumpaan Waris Tahun 6 SKTPSH 2015


             Pada tarikh 02 Februari 2015, satu Majlis Perjumpaan Waris Tahun 6 telah diadakan di SK Toh Puan Sharifah Hanifah. Majlis tersebut diadakan di Makmal Komputer Sekolah. Majlis ini melibatkan perjumpaan antara waris-waris pelajar tahun 6 dengan guru-guru yang mengajar di tahun 6. Majlis ini merupakan perjumpaan kali pertama untuk sesi persekolahan 2015. Untuk makluman, bilangan pelajar tahun 6 pada sesi persekolahan tahun 2015 SK Toh Puan Sharifah Hanifah adalah seramai 21 orang.

Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan strategi pembelajaran, sasaran target pencapaian pelajar dalam UPSR 2015 serta membincangkan kemajuan pelajar dan kelemahan dikalangan pelajar tahun 6.
  
 Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Cikgu Hamdan Bin Harun


 Para waris yang menghadiri majlis perjumpaan waris tahun 6
 
Antara guru-guru yang terlibat dalam majlis perjumpaan waris tahun 6
 
 
 
Sesi soal jawab antara waris dan guru

Sambutan Maulidur Rasul 1436/2015 Peringkat Sekolah

  

       Pada tarikh 21 Januari 2015 iaitu bersamaan 1 Rabiul Akhir 1436, SK Toh Puan Sharifah Hanifah telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1436/2015 di peringkat sekolah. Sambutan Maulidur Rasul Pada tahun ini adalah bertemakan 'Perpaduan Nadi Transformasi'. Sambutan Maulidur Rasul ini melibatkan seluruh warga SK Toh Puan Sharifah Hanifah iaitu guru-guru, staf sokongan, AJK PIBG dan pelajar-pelajar.

        Pelbagai acara telah diadakan antaranya ialah perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., persembahan pelajar, ceramah, penyampaian hadiah dan jamuan. Pembukaan majlis sambutan maulidur rasul ini dimulakan dengan perarakan pelajar-pelajar daripada pra-sekolah sehinggalah tahun 6, diikuti perarakan guru-guru dan staf SKTPSH. Setelah selesai acara perarakan, acara diteruskan dengan acara persembahan pelajar. Setelah selesai acara persembahan pelajar, ceramah maulidur rasul dimulakan oleh penceramah jemputan.
 
Antara atur cara Majlis Sambutan Maulidur Rasul ialah:
 
7.50 pagi -Para pelajar, guru-guru, staf sokongan dan AJK PIBG berkumpul di Dataran SKTPSH.
8.00 pagi -Taklimat perarakan dan selawat.
8.15 pagi -Perarakan dimulakan dan menuju ke Dewan Orang Ramai Kg. Nai Teh.
8.45 pagi -Perarakan pualan dan akan singgah ke Masjid Kg Nai Teh bagi menunaikan solat dhuha.
10.00 pagi -Persembahan pelajar.
                  -Ceramah Maulidur Rasul.
                  -Penyampaian Hadiah.
                  -Jamuan.
                  -Bersurai.
 
 
Mari kita intai gambar-gambar sepanjang Majlis Sambutan Maulidur Rasul berlangsung
 
 
 
Berkumpul di Dataran SKTPSH
 
 
 
 Para pelajar dan guru membuat persiapan untuk acara perarakan Maulidur Rasul
 
 
 
 Perarakan bermula dengan pelajar lelaki dan disusuli dengan pelajar perempuan
 
 
 
Perarakan sedang menuju Ke Dewan Orang Ramai Kg. Nai Teh 
 
 
 
 Perarakan tiba di Dewan Orang Ramai Kg. Nai Teh
 
 
 
Setibanya, para pelajar dan guru di Dataran SKTPSH
 
 
 
Berkumpul di Kafeteria SKTPSH untuk acara Ceramah Maulidur Rasul
 
 
Para pelajar tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan
 
 
 
 Penyampaian saguhati sebagai tanda penghargaan daripada SKTPSH kepada penceramah