SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Pelbagai acara telah diadakan sempena menyambut hari maulidur rasul di SKTPSH. Antaranya ialah aktiviti perarakan sambil berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w. , pertandingan mewarna dan menulis tulisan khat, syair dan ceramah maulidur rasul. Pembukaan majlis sambutan maulidur rasul ini dimulakan dengan perarakan murid-murid daripada pra sekolah sampailah tahun 6 dan diikuti oleh guru-guru dan staf SKTPSH. Setelah selesai perarakan...aktiviti diteruskan dengan bacaan syair dan selawat keatas nabi. Kemudian murid-murid mengambil bahagian dalam acara mewarna dan menulis tulisan khat. Selesai acara mewarna dan menulis khat, ceramah maulidur rasul dimulakan oleh penceramah jemputan.



































Maulidur Rasul 1431 H


Setiap kali tiba bulan Rabiul Awal, umat Islam akan menyambut hari kelahiran Rasulullah S.A.W. dengan pelbagai majlis dan acara. Hari kelahiran Rasulullah diadakan demi memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W., yang telah membawa Islam yang menerangi jalan kehidupan manusia di atas muka bumi ini.
“Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkannya kepadamu (Wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman, dengan izin Tuhan mereka, ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” (Surah Ibrahim: 1)
Bagaimanapun perasaan bersyukur dan berterima kasih atas nikmat agung ini tidak seharusnya terhad dengan sambutan Maulidur Rasul semata-mata. Sesungguhnya sambutan Maulidur Rasul hanyalah sebagai peringatan akan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu setiap umat baginda, iaitu untuk meneruskan tugas Rasulullah S.A.W. memberikan petunjuk dan bimbingan kepada umat manusia, memimpin mereka ke arah jalan yang betul dan diredai Allah. Kita sebagai umat Islam bertanggungjawab memimpin umat yang lain, bukan sebaliknya.

Sambutan Hari Lahir Pra Sekolah

25 FEB 2010
Sambutan hari lahir telah diadakan di pra sekolah bagi menyambut hari lahir murid-murid pra sekolah. Seramai 4 orang murid yang menyambut hari lahir pada bulan Januari dan Februari.Terdapat pelbagai hidangan dan juadah yang disediakan. SELAMAT HARI JADI...