Aktiviti menjawab latih tubi UPSR




Pada 23 Ogos - 27 Ogos 09 - Program kesedaran ICT telah dijalankan selama seminggu. Salah satu daripada aktiviti program ini adalah aktiviti latih tubi UPSR. Murid tahun 6 yang akan menduduki ujian UPSR diwajibkan menghadiri kelas latih tubi ini. Murid-murid menjawab soalan latihan UPSR secara online di dalam laman web www.tutor.com.my. Selain itu, mereka juga turut menjawab soalan percubaan UPSR tahun 2008 dari negeri Pahang dan Perak. Semoga murid tahun 6 berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan di dalam UPSR. Good luck...











Sambutan hari kemerdekaan




Merdeka...merdeka...merdeka...
Sambutan hari kemerdekaan akan di sambut oleh warga SKTPSH pada hari Ahad 30 Ogos 2009. Tema hari kebangsaan pada tahun ini adalah "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"...
Kuiz kemerdekaan dan pertandingan mewarna diadakan sempena bulan kemerdekaan ini. Semua murid mengambil bahagian dalam setiap pertandingan.
Selamat menyambut hari kebangsaan dengan penuh rasa bangga...

Program kesedaran ICT

Pada 23 Ogos sehingga 27 Ogos 2009 satu program kesedaran ICT akan diadakan kepada murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Program in bertujuan untuk memberi kesedaran ICT kepada pmurid-murid di sk toh puan sharifah hanifah